Kamis, 21 Agustus 2014

Jenis Jenis Bra dan Fungsi nya, kamu Wajib Tahu

 HARGAI ASET UTAMA WANITA!!
ADHESIVE BRA /  PARTY BRA
 
 nie jenis adhesive/party bra...jenis yang TIADA TALI & MELEKAT pada badan. Digunakan kalo nak pakai baju jenis halter neck, bju ala-ala kemban, tube ke, baju yang nampak bahu pun boleh so tak kan timbul isu...orang lain nampak tali bra dah berpintal-pintal tue kan!!
nie ada cik sertakan sekali macam mana korang nak guna adhesive bra nie...senang kan??
nie contoh lepas korang pakai adhesive bra!!
DEMI BRA
bra jenis sesuai jika korang ingin bergaya dengan BAJU POTONGAN DADA RENDAH kira macam dia bagi impak PUSH UP pada breast korang





FULL SUPPORT BRA
bra jenis akan MELIPUTI keseluruhan ruang payudara korang kira bra jenis  menyokong sepenuhnya kedudukan payudara. Sesuai untuk digunakan harian.





BANDEAU BRA
Kegunaan dia lebih kurang macam adhesive bra/strapless bra/ party bra tapi TIDAK terlalu menyokong kedudukan payudara korang dan tidak disyorkan untuk yang memiliki payudara besar





SPORT BRA
Dikhas untuk BERSUKAN kerana LEBIH MENYOKONG, LEBIH MENUTUP & material kain diperbuat dari bahan yang SERAP PELUH.





MINIMIZER BRA
Bra jenis akan MEMBENTUK payudara yang besar kelihatan LEBIH KECIL & KEMAS sesuai dipakai oleh wanita berpayudara besar
PADDED BRA
Bra jenis ini mempunyai pelapik SPAN dibahagian dalam. Sesuai digunakan oleh wanita berpayudara kecil agar kelihatan LEBIH PENUH dan MONTOK lebih kurang macam push up jugalah =)
NURSING BRA / MATERNITY BRA
Bra jenis untuk ibu-ibu beranak kecil. Mempunyai lapisan luar yang boleh dibuka bagi memudahkan tujuan penyusan bayi. Senang tak payah nak buka segala masa nk brestfeed baby.





SOFTCUP BRA
Bra ini TIDAK MEMPUNYAI PADDED / DAWAI. Sangat sesuai dan selesa dipakai harian especially masa dirumah.






PUSH UP BRA
Bra ini merupakan jenis padded bra dengan TAMBAHAN SPAN di bahagian dalam sebelah kiri dan kanan.
MENGANGKAT dan membuatkan PAYUDARA TERKUMPUL di tengah sehingga belahan dada kelihatan lebih jelas dan menarik. Sesuai jika korang nak mengoda...huhuhu *wink




T-SHIRT BRA/ SEAMLESS BRA
Bra ini TIDAK mempunyai SAMBUNGAN / PENCANGKUK BRA. Sesuai digunakan untuk memakai T-shirt yang ketat. Material bra ini diperbuat daripada bahan yang sangat lembut sehingga tidak ketara kelihatan apabila memakai T-shirt ketat.
UNDERWIRED BRA
Bra ini mempunyai KAWAT BESI dibahagian bawah untuk memberikan SOKONGAN KUAT pada payudara.
 




U-PLUNGE BRA
Bra ini sesuai digunakan apabila memakai pakaian berpotongan dada yang sangat rendah.Bra ini mirip dengan Demi Bra, perbezaannya hanyalah pada BAHAGIAN TENGAH LEBIH RENDAH daripada Demi Bra. Terdapat dalam jenis bertali dan strapless juga.




STRAPLESS BRA
Bra ini TANPA TALI sesuai digunakan dengan pakaian yang menampakkan bahu seperti halter neck, tube top/dres. Kegunaan sama dengan adhesive bra cuma mateial bahan buatan lain.
 So macam mana?? Dah tahu ke jenis-jenis bra dan fungsi dia?? Apa-apa pun korang kena tahu ukuran size bra yang betul beserta ukuran cup dia. Kalau ukuran dah betul korang nak sesah pakai bra jenis macam mana pun tak kisah janji korang selesa dan aset utama korang tue selesa ok. Dok jangan nak cantik korang main taram belasah pakai bra sesuka hati korang jerk. No...no..no...ingat kecantikan dan keyakinan bermula dari dalam okeh!!!

Related Posts

Jenis Jenis Bra dan Fungsi nya, kamu Wajib Tahu
4/ 5
Oleh