“Sayang, tadi abang nampak perempuan cantik tau.” Si suami yang baru pulang ke rumah bercerita kepada isterinya.
“Oh. Di mana?” Dengan cepat si isteri menjawab. Namun dalam hati, perasaan cemburu telah meningkat dengan mendadak sekali. Maruahnya sebagai isteri seakan-akan dicabik, namun dia hanya bersabar.
“Di Pavillion tadi. Muka dia, cantik macam artis tau. Sangat Cantik .” Jelas si suami sambil bercerita dengan lebih lanjut kepada isterinya.
“Oh…” Hati si isteri seperti tercabik bila suaminya memuji wanita lain selain dirinya. Namun dia coba menjaga diri agar tidak terlalu ketara perasaan yang sedang dibendung ketika itu. Si suami pula masih lagi berminat untuk bercerita dengan isterinya.
“Sayang mau tau lagi tak? Ada perempuan lain yang laaaaagii cantik dari perempuan first. Rasa ingin mau cubit pipi dia aja tau.” Kata si suami. Si isteri hanya mampu mendengar perkataan yang keluar daripada mulut suaminya itu.
Akhirnya, air mata wanitanya jatuh juga ke pipi. Dia menangis terisak-isak kerana berasa suaminya tidak sayang kepadanya lagi. Si suami melihat isterinya kemudian tersenyum. Dia mengelap air mata yang mengalir di pipi isterinya.
“Kalau sayang mau tau, perempuan yang laaaaaagiii cantik tu sebenarnya isteri abang la.” Jelas si suami sambil mencubit pipi isterinya yang masih menangis terisak-isak.
* * * * * * * * * * * * * * *
Hati perempuan sememangnya lembut. Malah tidak salah sekiranya saya mengatakan yang hati perempuan juga sangat rapuh.
Sekuat mana pun seorang perempuan, sekiranya satu-satunya lelaki yang mereka sayang mula mengagungkan perempuan lain selain dirinya, hatinya tetap tidak akan dapat lari daripada perasaan cemburu.
Di saat itu, hanya kasih sayang yang sejati menjadi pemangikat untuk mereka terus setia kepada lelaki yang mereka sayang.
Oleh itu, kepada mana-mana lelaki yang mempunyai isteri atau pun tunang atau pun yang sewaktu dengannya, jagalah hati wanita mereka dengan seromantik mungkin.
Jangan sesekali menyakitkan hati seorang perempuan, karana sesungguhnya perempuan memerlukan kasih sayang yang sebanyak mungkin daripada insan yang bergelar lelaki.
Bila Suami Memuji Wanita Lain
4/
5
Oleh
berjambang